Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sekolah. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Kursus Inovasi Minat Dan Kerjaya

ISNIN | 08/07/2013 | DEWAN DARUL HANA'



Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu program untuk memberi panduan kepada pelajar bagi memilih kerjayanya pada masa hadapan. Penceramah yang hadir merupakan seorang yang berpengalaman luas telah merantau selama 15 tahun di USA dan mempunyai pengalaman kerja yang luas. Dr.Adnan Bin Omar kini merupakan guru kaunseling di Sekolah Menengah Islam Hidayah dan Sekolah rendah Islam Hidayah. Dalam program ini beliau memberikan tips dan cara mengenal diri dan menentukan kerjaya yang sesuai dengan diri masing-masing. Sebelum bersurai, beliau memberikan 60 soalan Inovasi Minat Kerjaya untuk mengenal pasti minat masing-masing.





Saturday, 6 July 2013

Program Amali Haji Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat 2013

SABTU | 06/07/2013 | SERI MEDAN



Alhamdulillah pada tarikh ini SMA Parit Raja telah menghantar 10 orang pelajar untuk mengikuti Kursus Amali Haji Perdana ini. Kami difahamkan program ini telah berlangsung sejak 4 tahun yang lalu di tempat yang sama. Program ini merupakan program yang cukup berfaedah bagi pelajar untuk mempelajari cara mengerjakan haji tamatu'. Peserta program ini dikatakan lebih 1200 orang pelajar yang terdiri daripada 27 buah sekolah menengah. 

Perasmi majlis

Buku Panduan


Peserta Lelaki

Peserta perempuan bersama guru pembimbing
Wukuf Di Arafah...termenung je..

Sijil Penyertaan

Jemaah Haji Terbaik SMK Tun Ismail
Tahniah kepada sekolah yang telah mendapat hadiah. Insya-Allah tahun depan kami akan cuba mendapatkan anugerah jemaah haji terbaik. 5 sekolah yang terbaik akan menghantar 2 orang wakil untuk mengambil ujian bagi menentukan siapa yang akan mendapat hadiah utama iaitu pakej umrah 2 orang.












Friday, 28 June 2013

Hari Interaksi Calon SPM 2013

JUMAAT | 28/06/2013 | DEWAN DARUL HANA'


Hari Interaksi Calon SPM 2013 telah berlangsung dengan lancar seawal jam 8 pagi.  Semua guru matapelajaran mengadakan bual bicara secara semuka bersama murid serta ibu bapa nerkenaan prestasi SPM tahun ini. Subjek yang terlibat dalam program ini ialah Bahasa Melayu, English, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Quran dan Sunnah, Sejarah dan Bahasa Arab Tinggi. Pelbagai respon, cadangan, pandangan dan nasihat yang diperolehi daripada ketiga-tiga pihak (guru-pelajar-ibubapa) demi peningkatan dan kecemerlangan calon SPM 2013. Program berakhir pada jam 12 tengah hari.




















Thursday, 16 May 2013

Hari Guru 2013

16 MEI 2013 | KHAMIS | SMA PARIT RAJA

Sambutan Hari Guru & Sekolah tahun ini diraikan dengan penuh meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk meraikan semua guru dan pekerja SMAPR yang komited. Aktiviti bermula daripada 12 Mei yang lalu dengan mempertandingkan beberapa acara sukan seperti badminton dan bola tampar. Acara bermula seawal     jam 7.30 pagi. Semua guru berkumpul di makmal sains untuk melaksanakan acara mewarna khat manakala semua pelajar berkumpul di Dewan Al-jabar untuk menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Setelah itu, kesemua khat yang telah diwarnakan ditampal dan diundi oleh semua pelajar. Acara disusuli dengan majlis penutupan yang mana guru lelaki perlu membuat persembahan qasidah. Disusuli pula dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Acara ditutup dengan persembahan multimedia oleh Badan Pengawas SMAPR. Majlis tamat pada jam 1 tengah hari.

Persembahan Qasidah Guru


Persembahan multimedia

Generasi Mumtaz 95 SMAPR  turut terlibat dengan menghantar video sebagai tanda penghargaan kepada guru walaupun telah tamat pengajian di SMAPR.




Friday, 19 April 2013

IHTIFAL ILMIAH 2013



19-20/03/2013 | JUMAAT-SABTU | SMA KOTA TINGGI

Ihtifal Ilmiah tahun ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi. Pertandingan berjalan lancar dan baik. Juara ihtifal ilmi kali ini disandang oleh SMAKJ. Tahniah. Kepada seluruh peserta tahun ini jangan putus asa, Insya Allah tahun depan kita usaha lagi.


Debat Bahasa Arab


Coral Speaking (Naib Johan)



Syarahan Bahasa Melayu

Syarahan Bahasa Inggeris (Naib Johan) 


Johan Tilawah Quran B18 (L)  

Friday, 22 March 2013

IHTIFAL RIYADHI 2013

22-24/03/2013 | JUMAAT-AHAD | SMA KHAIRIAH SEGAMAT

Pertandingan acara sukan tahun ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Khairiah, Segamat. Tahniah kepada atlit-atlit yang bermain bersungguh-sungguh dan juga kepada seluruh jurulatih sekolah (guru-guru) yang tidak jemu memberikan nasihat teknikal dan petua cara-cara mengalahkan pihak lawan. Tahun ini kita merangkul tempat ke-5 keseluruhan. Insya Allah, tahun depan kita usaha lagi.

                                       


Ping Pong Bergu


Team Badminton SMAPR


Seriusnya Muka...


Guru Pembimbing






Saturday, 16 March 2013

Majlis Tilawah Al-Quran Zon Parit Raja 2013

16/03/2013 | Sabtu | SMK Tun Ismail

Sekolah Menengah Agama Parit Raja telah menghantar beberapa orang murid untuk menjadi peserta MTQ Zon Parit Raja 2013. Majlis Tilawah Al-Quran Zon Parit Raja diadakan di SMK Tun Ismail. Dikhabarkan tahun ini merupakan tahun pertama diadakan MTQ di peringkat zon. SMA Parit Raja juga baru pertama kali menyertai pertandingan ini. Antara pertandingan yang ditandingkan ialah Tilawah Al-Quran (L/P), Berzanji (L/P), Seni Khat (L/P), Hafazan (L/P), Syarahan Spontan (L/P) dan Nasyid (L). Pertandingan berjalan lancar dan baik.

Johan Tilawah Al-Quran Lelaki (Nabil Fahmi)

Johan Hafazan Al-Quran Lelaki (Lutfi Subahan)

Guru-guru Pengiring

Peserta Fatayat


                                         
Ghufran (Naib Johan Nasyid)







Saturday, 2 March 2013

Forum Bahasa Melayu Peringkat Daerah


Peserta Forum Peringkat Daerah



02/03/2013 | Sabtu | SMK Senggarang

Acara ini telah berlangsung selama satu hari suntuk di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang. Alhamdulillah, dengan usaha mereka selama ini berlatih petang dan malam berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan ini. Tak lupa juga salah seorang dari mereka menjadi ahli panel terbaik daerah Batu Pahat iaitu Ahmad Lutfi Bin Subahan juga merupakan pelajar cemerlang SMAPR.


Bersama Guru Penasihat
Ahli Panel Terbaik Daerah Batu Pahat(Lutfi Subahan)




\