Friday 8 November 2013

Majlis Anugerah Imam Remaja Peringkat Negeri Johor 2013

SABTU | 9/11/2013 | KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

Pada 9 November seramai 4 orang pelajar SMA Parit Raja telah menerima anugerah sebagai Imam Remaja Daerah Batu Pahat. Program ini buat pertama kalinya diadakan di peringkat Negeri Johor. Majlis bermula seawal jam 8 setengah pagi. Majlis dimulakan dengan selawat disusuli dengan nasyid Asmaul Husna, Negeri Johor dan seterusnya persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph@DSE dari SMK Dato' Syed Esa. Majlis diteruskan dengan persembahan qasidah dan bacaan Al-quran daripada Muhammad Nabil Fahmi Bin Yusuf dan Muhammad Helmi Norashid Bin Abdul Halim dari SMA Parit Raja. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmi seterusnya menyampaikan anugerah kepada 10 peserta terbaik. Salah seorang pelajar SMA Parit Raja iaitu Muhammad Fadhli Bin Mohd Azian telah tercalon dalam kategori 10 peserta terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.










No comments:

Post a Comment