Thursday 21 March 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012


21/03/2013 | Khamis | Dewan Darul Hana'

Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar sekolah menengah. Hari yang membawa seribu satu makna dalam kehidupan. Hari tercatat sebuah peristiwa yang sangat penting dalam diari setiap pelajar iaitu penyerahan Slip Keputusan SPM 2012. Alhamdulillah keputusan SPM sekolah ini pada tahun ini amat memberangsangkan kerana tiada seorang pun yang gagal. Di samping itu, sekolah ini merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) terbaik peringkat negeri Johor dan kedua terbaik di daerah Batu Pahat selepas Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) (P)  Temenggong Ibrahim.



Nurul Husna Wan Idris (10A)






YDP Aspura 2012








1 comment:

  1. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru di SMA PARIT RAJA di atas sumbangan mengajar serta mendidik kami sehingga kami memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2012.Kami hebat bukan kerana kami yang hebat,tetapi kerana warga pendidiknya yang bersusah payah mengerah tenaga meluangkan masa membantu melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan.Terima kasih.Jasamu akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.

    ReplyDelete