Friday 25 January 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2013

25/01/2013 | Jumaat | SMA Parit Raja

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434H/2013 berjalan dengan meriah dan lancar. Acara sambutan maulid dimulakan dengan pertandingan perarakan mengikut tingkatan (putera & puteri berasingan) pada jam 8.30 pagi. Laungan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW bergema memecah kesunyian persekitaran sekolah.
Majlis diserikan lagi dengan ceramah maulidur rasul oleh penceramah jemputan.
Pelbagai acara telah dipertandingkan pada 24/01/2013 (Khamis) yang lalu seperti acara nasyid, Seni Khat & Kompang mengikut tingkatan.
























No comments:

Post a Comment