Thursday 13 February 2014

Wednesday 27 November 2013

Bayaran Sesi Persekolahan 2014

AssalamualaikumWaRahmatullahiWaBarakatuh

Saya ingin menarik perhatian ibubapa penjaga pelajar SMA Parit Raja bagi persekolahan sesi 2014. Sebagai persiapan dan kemudahan ibu bapa penjaga, pihak sekolah cuba untuk memudahkan capaian maklumat oleh ibu bapa penjaga seberapa segera yang boleh berkaitan persiapan keperluan dan bayaran 2014 yang telah ditentukan. Di sini disertakan senarai sebagaimana yang dimaksudkan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Sekian, terima Kasih

Yang Benar,
Pengetua 
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Agama Parit Raja

Bayaran PIBG


Bayaran Koperasi

Friday 8 November 2013

Majlis Anugerah Imam Remaja Peringkat Negeri Johor 2013

SABTU | 9/11/2013 | KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA

Pada 9 November seramai 4 orang pelajar SMA Parit Raja telah menerima anugerah sebagai Imam Remaja Daerah Batu Pahat. Program ini buat pertama kalinya diadakan di peringkat Negeri Johor. Majlis bermula seawal jam 8 setengah pagi. Majlis dimulakan dengan selawat disusuli dengan nasyid Asmaul Husna, Negeri Johor dan seterusnya persembahan nasyid daripada kumpulan Caliph@DSE dari SMK Dato' Syed Esa. Majlis diteruskan dengan persembahan qasidah dan bacaan Al-quran daripada Muhammad Nabil Fahmi Bin Yusuf dan Muhammad Helmi Norashid Bin Abdul Halim dari SMA Parit Raja. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmi seterusnya menyampaikan anugerah kepada 10 peserta terbaik. Salah seorang pelajar SMA Parit Raja iaitu Muhammad Fadhli Bin Mohd Azian telah tercalon dalam kategori 10 peserta terbaik. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.










Thursday 24 October 2013

Kunjungan SK Seri PULEH

KHAMIS | 24/10/2013 | SMA PARIT RAJA

Pada 24 Oktober yang lalu SMA Parit Raja telah menerima kunjungan yang terdiri daripada pelajar darjah 6 dan beberapa orang guru pengiring dari SK Seri Puleh. Tujuan mereka adalah untuk mengenali SMA Parit Raja dengan lebih mendalam sebagai persiapan mereka untuk ke sekolah menengah pada tahun hadapan.










Friday 20 September 2013

Perkhemahan Perdana Al-Falah 2013

Jumaat-Ahad | 20-22/09/2013 | Tunjuk Laut Resort Mersing

Sudah menjadi adat kepada SMA Parit Raja untuk mengadakan perkhemahan pada setiap tahun. Pada 20 September yang lalu Majlis Kokurikulum SMAPR telah mengadakan sebuah perkehemahan yang diberi nama Al-Falah. Perkhemahan ini desertai oleh 80 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring. Perkhemahan ini berjalan dengan lancar dengan batuan tenaga-tenaga guru pengiring serta fasilitator daripada pelajar tingkatan 4 dan beberapa staf resort yang banyak membantu. Mudah-mudahan perkhemahan seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.























Friday 13 September 2013

Nadwah Kepemimpinan Islam SABK Peringkat Negeri 2013

Jumaat | 13/09/2013 | SMA Parit Raja

Alhamdulillah pada 13 September yang lalu SMA Parit Raja telah dipilih menjadi tuan rumah bagi menjayakan Nadwah Kepemimpinan Islam SABK kali ke-3. Program ini telah disertai oleh 20 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seluruh negeri Johor. Program yang berlangsung selama tiga hari ini berjalan lancar dengan bantuan semua fasilitator dan urusetia yang banyak mencurahkan bakti demi kejayaan majlis ini. Kedua-dua anugerah peserta terbaik telah dimenangi oleh pelajar SMA Parit Raja sendiri dan akan meneruskan program ini ke peringkat kebangsaan.










Friday 6 September 2013

Jamuan Hari Raya 2013

JUMAAT | 06/09/2013 | SMA PARIT RAJA

Sempena bulan syawal yang sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri ini, Sekolah Menengah Agama Parit Raja telah menganjurkan Jamuan Hari Raya bagi meraikan hari kemenangan umat islam setelah sebulan berpuasa. Jamuan ini diadakan untuk mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin selama ini. Konsep jamuan pada kali ini menggunakan konsep marhaban yang sinonim dengan negeri Johor ini. Semua guru dan kakitangan akan pergi ke tempat yang disediakan mengikut tingkatan bermarhaban, membacakan doa dan ucapan daripada wakil guru dan pelajar. Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa yang akan datang.

Membuat Persiapan Tempat



Pelajar Tingkatan 3





Tingkatan 4