Monday 8 July 2013

Kursus Inovasi Minat Dan Kerjaya

ISNIN | 08/07/2013 | DEWAN DARUL HANA'



Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan satu program untuk memberi panduan kepada pelajar bagi memilih kerjayanya pada masa hadapan. Penceramah yang hadir merupakan seorang yang berpengalaman luas telah merantau selama 15 tahun di USA dan mempunyai pengalaman kerja yang luas. Dr.Adnan Bin Omar kini merupakan guru kaunseling di Sekolah Menengah Islam Hidayah dan Sekolah rendah Islam Hidayah. Dalam program ini beliau memberikan tips dan cara mengenal diri dan menentukan kerjaya yang sesuai dengan diri masing-masing. Sebelum bersurai, beliau memberikan 60 soalan Inovasi Minat Kerjaya untuk mengenal pasti minat masing-masing.





No comments:

Post a Comment