Thursday 16 May 2013

Hari Guru 2013

16 MEI 2013 | KHAMIS | SMA PARIT RAJA

Sambutan Hari Guru & Sekolah tahun ini diraikan dengan penuh meriah dengan pelbagai aktiviti menarik untuk meraikan semua guru dan pekerja SMAPR yang komited. Aktiviti bermula daripada 12 Mei yang lalu dengan mempertandingkan beberapa acara sukan seperti badminton dan bola tampar. Acara bermula seawal     jam 7.30 pagi. Semua guru berkumpul di makmal sains untuk melaksanakan acara mewarna khat manakala semua pelajar berkumpul di Dewan Al-jabar untuk menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Setelah itu, kesemua khat yang telah diwarnakan ditampal dan diundi oleh semua pelajar. Acara disusuli dengan majlis penutupan yang mana guru lelaki perlu membuat persembahan qasidah. Disusuli pula dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Acara ditutup dengan persembahan multimedia oleh Badan Pengawas SMAPR. Majlis tamat pada jam 1 tengah hari.

Persembahan Qasidah Guru


Persembahan multimedia

Generasi Mumtaz 95 SMAPR  turut terlibat dengan menghantar video sebagai tanda penghargaan kepada guru walaupun telah tamat pengajian di SMAPR.




No comments:

Post a Comment